Sebuah bot nelayan Vietnam yang telah dilucut hak dilupuskan secara hancur musnah oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu.<br /><br />Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata kaedah yang dilakukan itu berikutan bot berkenaan tidak sesuai untuk dijadikan tukun tiruan kerana mengalami kerosakan teruk.